SELECT * FROM slideshow WHERE url_agensi = 'pdkmembakut'



  •  SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI PEJABAT DAERAH KECIL MEMBAKUT 😊

  •  UNTUK MAKLUMAN

    Pejabat Daerah Kecil Membakut akan Beroperasi seperti biasa
    semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) orang
    Awam Bolehlah BERURUSAN datang ke Pejabat Daerah Kecil
    Membakut.

    Sekian Harap Maklum

    #Kitajagakita

    #Kitaikut SOP

    #Sama-sama Membendung COVID-19

  •  Terdapat 6 Mukim Daerah Kecil Membakut

    MUKIM I (PIMPING)
    ---------------------------
    Kampung Pimping
    Kampung Laut Pimping
    Kampung Tengah Pimping
    Kampung Ulu Pimping
    Kampung Paya Pimping
    Kampung Tambing Pimping
    Kampung Batung
    Kampung Pisang
    Kampung Saga-Saga
    Kampung Rumah Lama
    Kampung Gala
    Kampung Tukong
    Kampung Belandas
    Kampung Gandawari
    Kampung Mandaya
    Kampung Sijamban
    Kampung Sitamu Kuning
    Kampung Madang
    Kampung Terusan
    Kampung Jambo

    MUKIM II (BINSULOK)
    ------------------------------
    Kampung Binsulok
    Kampung Laut Binsulok
    Kampung Padang Binsulok
    Kampung Ulu Binsulok
    Kampung Seberang
    Kampung Mantabawan
    Kampung Likas
    Kampung Darat
    Kampung Tengah
    Kampung Tutung
    Kampung Pantai Kiadu

    MUKIM III (BANDAU)
    ----------------------------
    Kampung Bandau, Kampung Pamparingan
    Kampung Biau, Kampung Laganggon
    Kampung Budak, Kampung Bawan
    Kampung Imbahaton, Kampung Kebuluan
    Kampung Manggis, Kampung Kabuh,
    Kampung Saliban, Kampung Bahab,
    Kampung Kulintangan, Kampung Tamalang,
    Kampung Kambuangon, Kampung Pinopok,
    Kampung Luba-Luba, Kampung Sungai Damit,
    Kampung Limbutong, Kampung Kumpat,
    Kampung Kilau, Kampung Dakutan,
    Kampung Laputong, Kampung Libubon,
    Kampung Kampuluan, Kampung Tandoi,
    Kampung Gana, Kampung Binubang,
    Kampung Kinanap, Kampung Tamoi,
    Kampung Limadang, Kampung Labak,
    Kampung Matunjong, Kampung Kayai,
    Kampung Dindong, Kampung Bangkawat,
    Kampung Gapu, Kampung Takapan, Kampung Gassan,

    MUKIM IV (MAWAO)
    ---------------------------
    Kampung Tandian
    Kampung Piasau
    Kampung Dungau
    Kampung Ansam
    Kampung Tahak
    Kampung Bingkulas
    Kampung Mandangin
    Kampung Papas
    Kampung Rancangan Mawao
    Kampung Limpayau
    Kampung Lampijas
    Kampung Jambatan Baru
    Kampung Mawao Laut
    Kampung Layun
    Kampung Mawao Ulu
    Kampung Tiong Baru
    Kampung Kiulu Baru
    Kampung Lumat
    Kampung Pekan Membakut
    Kampung Lintap
    Kampung Mandaya
    Kampung Lampun
    Kampung Bungar

    MUKIM V ( BAMBANGAN )
    -----------------------------------
    Kampung Baitam
    Kampung Sinoko
    Kampung Sindok
    Kampung Bambangan
    Kampung Lumantak
    Kampung Lembah Poring
    Kampung Paung Maragang
    Kampung Poring Maragang
    Kampung Angitan
    Kampung Inantul
    Kampung Bambangan Ulu
    Kampung Pusak

    MUKIM VI (BRUNEI)
    ----------------------------
    Kampung Brunei
    Kampung Pelalai
    Kampung Brunei Laut
    Kampung Tengah Brunei
    Kampung Ulu Brunei
    Kampung Batu Tiga
    Kampung Seri Gading
    Kampung Padang
    Kampung Skim
    Kampung Gangas

  •  KAWASAN AHLI PARLIMEN P.176 KIMANIS DAN ADUN N31 MEMBAKUT

    Ahli Parlimen P.176 Kimanis : YB Mohammad Hj Alamin

    ADUN N31 Membakut : YB Datuk Hj Mohd Ariffin Bin Hj Mohd Arif


PENGENALAN

PERUTUSAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH KECIL MEMBAKUT

Assalammualaikum WBT.....

Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Daerah Kecil Membakut. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya jua laman web ini dapat diperkenalkan.

Dengan terbinanya laman web ini, kami berharap dapat memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan kami dan juga orang awam untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

Walaupun masih agak kekurangan tetapi kami akan sentiasa memperbaikinya dari masa ke semasa dan cuba untuk memenuhi keperluan maklumat yang diperlukan. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan dari semua untuk memperbaiki laman web ini.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas usaha dan komitmen untuk membina laman web ini.

Selamat melayari laman web rasmi Pejabat Daerah Kecil Membakut.

Sekian terima kasih.

IBRAHIM TERKI
PENOLONG PEGAWAI DAERAH KECIL MEMBAKUT

PROFIL DAERAH & JABATAN

LATAR BELAKANG DAERAH MEMBAKUT

Daerah Kecil Membakut mula diakui sebagai Daerah Kecil Membakut pada tahun 1977 dan telah ditadbir oleh Penolong Pegawai Daerah yang pertama iaitu Encik Ibrahim Hj. Ahmad.

Penduduk Daerah Kecil Membakut sangat padat dan dahulu meliputi tiga kawasan ADUN iaitu kawasan Beaufort, Bongawan dan Kuala Penyu. Sekarang hanya satu ADUN iaitu N.31 Membakut dan Parlimen P.176 Kimanis.

Daerah Kecil Membakut meliputi 38 buah kampung. Penduduk Daerah Kecil Membakut tergolong daripada berbilang kaum iaitu kaum Brunei, Kadazan, Dusun, Paitan, Jawa, Bisaya Cina dan lain-lain. Dengan hasil utama bercucuk tanam seperti menanam padi, nelayan, penoreh getah, kelapa sawit dan sebahagiannya sebagai Penjawat Awam.

Selain daripada itu Daerah Kecil Membakut juga turut ditadbir oleh 2 (dua) orang Ketua Daerah, 6 orang Ketua Anak Negeri serta 17 orang Wakil Ketua Anak Negeri dan di peringkat kampung sebanyak 33 orang Ketua kampung dan 35 orang Pengerusi JKKK dan 1 orang Pengerusi JKDB yang dilantik oleh pihak kerajaan dan 2 orang Ketua Masyarakat Cina.

Adalah difahamkan profail ringkas Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898 di mana Daerah ini pada masa dahulu tertakluk di bawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo. Keluasan/topografi Daerah Kecil Membakut ialah 132.8km (83 batu) persegi “ approximate”. Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang. Penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit-bukau dan tebing-tebing sungai. Dalam banci penduduk sehingga tahun 2010, penduduk Daerah ini telah bertambah 24,902 orang, Kini penduduk Daerah Kecil Membakut dianggarkan seramai 29,000 orang.

AKTIVITI EKONOMI
Penduduk Daerah ini sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka melalui bidang pertanian, penternakan, nelayan dan pengangkutan. Dari segi bidang pertanian, tanaman utama penduduk disini ialah padi. Padi diusahakan 2 kali setahun. Selain daripada padi, koko, sagu,kelapa sawit dan getah juga diusahakan berkelompok, penternakan diusahakan melalui perseorangan seperti menternak lembu tenusu, skim pawah, ayam dan itek. Pejabat Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak sentiasa memberikan bantuan teknikal dan subsidi untuk meningkatkan mutu pengeluaran kepada penternak. Nelayan di Daerah ini tertumpu kepada Kaum Brunei dan hasil tangkapan mereka dihantar ke pasar Pekan Membakut dan Kuala Penyu. Dari segi pengangkutan para individu menjalankan operasi bas mini dari Pekan Membakut ke Kota Kinabalu dan Beaufort.

INDUSTRI
Di bidang industri Daerah ini belum mencapai ke tahap yang dapat dibanggakan walau bagaimanapun beberapa bengkel membaiki kereta beroperasi dan sebuah sawmill.

Kemudahan Industri
1. Bekalan Elektrik
2. Bekalan Air

PENGANGKUTAN & KOMUNIKASI
Pengangkutan dan komunikasi di Daerah ini dilaksanakan melalui jalanraya dan keretapi.

POTENSI PEMBANGUNAN DAERAH
Daerah Kecil Membakut mempunyai potensi pembangunan yang baik kerana kedudukkannya yang strategik. Pihak SEDCO telah memgwujudkan Pekan Baru, 10 unit rumah kedai satu tingkat dan 20 unit rumah kedai dua tingkat, pasar sayur dan ikan,, Bangunan Ujana Wawasan Pekan Membakut, 10 unit gerai serta Tandas Awam (Anjung Wawasan) dan sebuah Pusat Perhentian RNR (Serambi Wawasan) serta 10 unit Gerai Buah-buahan, Bangunan Perpustakaan yang baru. Kini Daerah Kecil, Membakut juga telah mempunyai sebuah bangunan Pemprosesan kuih Tradisional yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah,Kota Kinabalu.

Daerah Kecill, Membakut juga mempunyai potensi pembangunan yang membangun di mana wujudnya Kedai Baru sebanyak 50 unit yang dinamakan MEMBAKUT JAYA, bangunan ini telah diusahakan oleh seorang usahawan yang berasal dari Daerah Membakut sendiri.
Daerah Kecil, Membakut juga mempunyai sebuah gelanggang FUSTAL yang terletak di Kedai Lama Pekan Membakut. Daerah Membakut juga telah dibangunkan sebuah Masjid Baru Pekan Membakut bagi menggantikan Masjid Lama yang dinamakan MASJID CAHAYA IMAN PEKAN MEMBAKUT. Kini masjid tersebut telah pun siap sepenuhnya pada Tahun 2015. Daerah Membakut juga mempunyai perkhidmatan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terletak di Membakut Jaya, sebuah Kedai Internet 1 Malaysia di Membakut Jaya dan sebuah Klinik 1 Malaysia yang terletak di Kg. Pimping, Membakut.
Daerah Membakut kini telah mempunyai sebuah Pusat kanak-kanak yang dinamakan PUSAT ANAK PERMATA MEMBAKUT yang telah beroperasi pada awal Bulan Mac 2016.

Daerah Membakut kini mempunyai lagi 60 lot kedai baru yang terletak di Lumat Centre, Membakut.

VISI, MISI, OBJEKTIF, FUNGSI, PIAGAM

VISI
Membangun dan memperbaiki taraf hidup masyarakat luar bandar agar keharmonian serta kesejahtaraan rakyat terpelihara sejajar dengan konsep Matlamat Kerajaan.

MISI
Sebagai Pejabat Yang Dinamik,Berwawasan, Dedikasi, Cekap, Amanah Dan Bermaklumat Dalam Pemberian Perkhidmatan Perancangan,Pelaksanaan Dan Penyelarasan Program Pembangunan Daerah Ke arah Peningkatan Taraf Sosio-Ekonomi Masyarakat Selaras dengan Wawasan Negara.

OBJEKTIF
1. Memberi Perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti.
2. Merancang,mengurus pelaksanaan program-program Pembangunan Sosio-Ekonomi sejajar dengan pembangunan serta Wawasan Negara.
3. Mengurangkan kadar kemiskinan daerah melalui Program Penyusunan Semula Masyarakat.
4. Meningkatkan pembangunan fizikal dan mewujudkan perasaan untuk membantu proses peningkatan keharmonian masyarakat.

FUNGSI
Meskipun Pejabat Daerah Kecil Membakut adalah dibawah Pentadbiran Pejabat Daerah Beaufort namun segala kegiatan dan kemajuan Daerah Kecil Membakut adalah dibawah tanggungjawab Pejabat Daerah Kecil Membakut kecuali hal-hal diluar kuasa Penolong Pegawai Daerah. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai Urusetia kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun.

1. Perancang utama pembangunan daerah.
2. Pemimpin dan ejen perubahan di peringkat daerah.
3. Perhubungan dan penyambungan lidah kerajaan.
4. Pendokong Sistem Pentadbiran yang cemerlang dan pelopor budaya kerja yang positif di peringkat daerah.
5. Pelaksana Dasar-dasar Umum Kerajaan dari masa ke semasa


PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN (PENTADBIRAN)
**********************************
1. Komited memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti serta mengutamakan urusan orang awam.
2. Menyedia peti cadangan di Tingkat Bawah dan menyedia tempat menunggu di Tingkat Satu.
3. Menerima dan mendaftar dokumen-dokumen perjanjian surat akuan serta surat kuasa dengan segera (jika dokumen lengkap dan mematuhi syarat/peraturan).
4. Bertindak sebagai pengutip Hasil dan Cukai Setem (Bayaran Mahkamah Anak Negeri/Bayaran Majistret) diselesaikan dengan segera.
5. Pengesahan salinan dokumen-dokumen diselesaikan dalam tempoh secepat mungkin dengan syarat dokumen asal dibawa bersama.
6. Bertindak dan membalas surat-surat rasmi yang diterima dengan segera.


BAHAGIAN (KEWANGAN)
*******************************
1.Memproses pembayaran elaun kakitangan tidak lewat dari 15 haribulan pada bulan berikutnya.
2.Memproses semua pembayaran am dan disiapkan dalam tempoh 3 hari hingga satu minggu dari tarikh tuntutan diterima.
3. Menjawab surat-surat teguran dari Bendahari Daerah/Negeri dan Audit dalam tempoh satu minggu dari tarikh surat diterima.
4. Mengeluarkan pesanan pembelian Tempatan/Pesanan Kerajaan(KP) Kepada Kontraktor yang berjaya dalam tempoh satu minggu selepas mesyuarat sebutharga/tawaran diadakan dan persiapan awal jika projek diberikan kepada Badan JPKK agar tempoh masa juga adalah sama.
5. Menyedia baucer pembayaran dalam masa 3 hari hingga satu minggu dari tarikh projek siap dengan syarat dokumen lengkap dan teratur.
6. Memproses serta meluluskan lesen berniaga diselesaikan dengan segera.


BAHAGIAN (PEMBANGUNAN)
*************************************
1.Merancang,menyelaras dan memantau pembangunan daerah dengan saksama mengikut prosedur yang ditetapkan dari masa ke semasa.
2. Menerima serta memproses semua permohonan projek-projek kecil luar bandar mengikut keutamaan dan kepentingan umum.
3.Bertindak segera mengatasi aduan/masalah dengan cepat, cekap serta adil mengikut prosedur yang ditetapkan dari masa ke semasa.
4.Menganalisa permohonan pendaftaran golongan termiskin dan melaksanankan projek PPRT mengikut spekifikasi yang ditetapkan.
5.Mempastikan setiap projek kecil (Peruntukan ADUN ,MP,KLPB dan PPNS) pantau dari mula hingga siap mengikut sepkifikasi yang ditetapkan.
6. Mempastikan semua projek kecil yang dirancang dapat memberi munafaat ke arah Pembangunan dan Peningkatan Ekonomi di daerah ini.

SENARAI NAMA PENOLONG PEGAWAI DAERAH KECIL MEMBAKUT

01. EN. IBRAHIM HJ. AHMAD ➡ SIPITANG ➡ (1977 - 1978)
02. EN. SIDEK HJ JUBAR ➡ BEAUFORT ➡ (1978 - 1982)
03. EN. AHMAD ABBAS ➡ PETAGAS ➡ (1982 - 1984)
04. EN. MAJID KUNUL ➡ TAMPARULI ➡ (1984 - 1986)
05. EN. FRED JAIKUL ➡ PAPAR ➡ (1986 - 1989)
06. EN. DICKY LEE ➡ BEAUFORT ➡ (2/2/1989 -18/12/1989)
07. EN. EDWIN BOLINGIN ➡ PENAMPANG ➡ (19/12/1989 - 1991)
08. EN. HASHIM PAIJAN ➡ KOTA MARUDU ➡ (1991 - 1994)
09. EN. JAAFAR HJ ISMAIL ➡ BONGAWAN ➡ (22/8/94 - 16/1/2003)
10. EN. ALIUDDIN HJ. MOHD ONON ➡ KUDAT ➡ (17/1 /2003 - 19/1/2007)
11. EN. LATIP HJ AMAT ➡ SIPITANG ➡ (29/1/2007 - 29/12/2007)
12. EN. SANUDIN BIN ISMAIL ➡ PAPAR ➡ (31/12/2007 - 12/12/2018)
13. EN. AWANGKU RAIMY PG ABD RAHMAN ➡ BONGAWAN ➡ (2/2/2019 - OGOS 2019)
14. EN. AG LAHAP BIN AG BAKAR @ AG SYAIRIN ➡ BONGAWAN ➡ (17/9/2019 - 10/9/2020)
15. EN. IBRAHIM TERKI ➡ TUARAN ➡ (15/9/2020 - SEKARANG)

CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN

MAJISTRET KELAS KEDUA

PENTADBIRAN KEHAKIMAN
01. Sebagai Ex-Officio Majistret Kelas Kedua dengan antara lain mengendalikan kes-kes berikut:

Menandatangani Remand Warrant
Menandatangani Waran penjara (Committo Prison)
Menandatangani Waran Mental Assylum
Perbicaraan kes-kes Minor Offences
Mengesahkan Surat Akuan, Surat Sumpah, Surat Kuasa, Surat Perjanjian , Salinan Dokumen-Dokumen tertentu dan sebagainya.

02. Melaksanakan tugas-tugas Majistret Kelas Kedua umpamanya meleraikan perhimpunan haram dan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang menjejaskan ketenteraman awam.

PENTADBIRAN MAHKAMAH ANAK NEGERI
01. Sebagai Pegawai Mahkamah Anak Negeri
02. Mentaksir, bagi tujuan mengendos atau mengarah Mahkamah Anak Negeri menimbang semula keputusan Mahkamah Anak Negeri jika perlu.
03. Sebagai Hakim Mahkamah Anak Negeri Daerah untuk mendengar kes rayuan pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Anak Negeri.
04. Melaksanakan undang-undang berikut:

- Pentadbiran Institusi Mahkamah Anak Negeri.
- Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Jadual 3)
- Ordinan Pentadbiran Anak Negeri dan Small Estates Cap 1.
- Burial Ordinance Cap 19.
- Ordinan Anak Angkat

PERMOHONAN LESEN

01. Permohonan Lesen Kedai Runcit
02. Permohonan Lesen Kedai Makan/Restoran
03. Pemohonan Lesen Bengkel Pembaikan Kenderaan
04. Permohonan Lesen Kontraktor
05. Permohonan Lesen Pengangkutan
06. Permohonan Lesen Menjual Hasil Pertanian / Perikanan
07. Lesen Pembekalan
08. Lesen Perkhidmatan
09. Lesen Penyelenggaraan
10. Lesen Jualan Atas Talian (Online)
11. Lesen Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam

SURAT SOKONGAN AWAM

01. Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa bagi murid sekolah
02. Surat Sokongan Rawatan Hospital
03. Sokongan Permohonan Permit Pengangkutan Awam
04. Pelbagai sokongan yang bersesuaian dengan bidang kuasa Penolong Pegawai Daerah Membakut

MEDIA

Galeri

Video

Penerbitan

Keratan Akhbar

MAKLUMBALAS

norjinah.muhammud@sabah.gov.my

087-887963

087-886452